Wednesday, November 7, 2007

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap TuhanImg_2928

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Tuesday, November 6, 2007

Orang Kita

Makan pakai tangan
Suka makan belacan
Jumpa ucap salam
Adalah....
Orang kita

Pandai bikin tapai
Suka ramai-ramai
Kacang ampai-ampai
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Jaga-jagalah budaya kita
Orang kita.....
Jaga-jagalah budaya kita

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei!

Hisap sigup kirai
Sungip sisip mulut
Pakai gigi emas
Adalah...
Orang lama

Laksmana Hang Tuah
Paduka Mat Salleh
Si Aki Antanom
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya
Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei!

(orang kita, kita orang solo)

Sifat rendah diri
Hormat-menghormati
Berbudi pekerti
Adalah...
Orang kita

Pura-pura lupa
Suka angan-angan
Lupa asal-usul
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya
Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei, hei!

Islamic Country Trade Area

Syawal hampir meninggalkan kita. Kini tinggal sebulan kita menanti sekali lagi bulan persaudaraan iaitu Zulhijjah. Bulan Zulhijjah atau lebih dikenali bulan haji merupakan bulan yang mempunyai kepentingannya tersendiri buat umat Islam. Dalam bulan ini pastinya kita akan menempuh satu ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu menunaikan haji ke Baitullah.

Dalam bulan ini akan berbondong-bondonglah umat Islam mengerjakan haji. Haji mempunyai kepentingannya yang tersendiri buat umat Islam. Dalam menunaikan rukun haji satu hal yang jelas adalah menunjukkan umat Islam ini adalah sama darjatnya sama tarafnya tidak ada satu pun yang berbeza di sisi ALLAH swt. Tak kira lah raja, pemimpin, negarawan, hartawan, angkasawan, pengemis, tukang tiket, anak imam, pak lebai dan sesiapa sahaja semuanya sama di sisi ALLAH.

Satu hal yang nyata, dalam perhimpunan agung yang terbesar di dunia ini, lebih besar daripada perhimpunan di sekolah tinggi melaka atau pun segala jenis perhimpunan agung2 yang ada di dunia ini, umat Islam semua adalah sama. Memakai ihram dan yang lelakinya rata-rata bercukur. Tiada siapa pun yang boleh bersampin seperti di pagi raya atau pun berkot mahal seperti hendak pergi ke pejabat. Semua same semua serupa. KITA SERUPA.

Hal ini merupakan satu tanda yang cukup jelas bahawa benarlah kata-kata ALLAH bahawa kita ini semua sama sahaja cuma yang membezakan kita adalah taqwa. Ketaqwaanlah yang membuatkan seseorang itu mulia di sisi ALLAH. Tidak ada satu pun sebab2 lain.

Nah jelaslah bahawa ISLAM lah agama seadil2 yang ada di dunia ini. Seperti mana firman ALLAH dalam Surah At Tin ayat yang terakhir (7) "Tidak kah aku seadil2 hakim". Hal ini lah sebenarnya yang menjadi cumbuan Barat.

Mereka menuduh bahawa Islam adalah agama yang lemah. Islam agama orang miskin. Secara jujurnya saya yang lemah ini melihat bahawa Islam bukanlah agama orang miskin, bukan agama orang lemah. tapi ISLAM adalah agama yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi taranya.

Ya memang benar banyak orang Islam yang lemah yang miskin yang masih lagi tertinggal dalam arus ilmu yang penting dalam kehidupan ini. Namun bukan semua yang lemah. Masih ada yang kuat, yang gagah, yang hebat, yang jujur, yang setanding pun dengan mana-mana orang di dunia.

Tapi yang hebat2 ini tidak ditonjolkan. Disembunyikan. Digelapkan. Kerana apa? Kerana bilangannya kecil kononya. Sepatutnya jika kita semua kembali merenung amalan haji kita akan menjadi kuat dan terus pandang ke hadapan untuk bersaing.

Kan kita bersaudara. Kita bina kekuatan atas tali persaudaraan. Cuma malangnya, adakah mereka2 yang kaya yang kuat ingin bersama2 membantu saudara sendiri? Kemana pergi raja2 negara Arab yang kaya raya ketika umat Islam di Palestin? Cukupkah sekadar anda puas dengan kekayaan anda??

Kalu berada di atas jangan lupa pandang ke bawah. Jangan selalu mendongak ke langit kerana kami di bumi masih banyak yang perlu dibantu, ditolong kerana kita adalah saudara.

Masih saya ingat lagi cerita Ustaz Ahmad (Tok Guru kat Masjid Kg Hulu) bahawa dalam satu ketika dahulu seorang Raja Arab telah pun membina rumahnya di tempat di mana Bilal b Rabah muazin dahulu. Dan yang lebih teruknya beliau telah membina parit untuk menarik air zamzam ke rumahnya. Namun, dengan kuasa ALLAH swt air zamzam tersebut tidak sampai ke rumahnya?

Untuk apakah semuanya ini? Untuk menunjuk2? Untuk riak? Untuk memudahkan dirinya beribadat di Masjidil Haram? Tak siapa pun yang tahu. Satu hal yang nyata kekayaan yang ada tidak digunakan seperti mana yang dilakukan oleh sahabat Nabi terdahulu Saidina Abu Bakar as Sidiq, Saidina Uthman b Affan dan Abdul Rahman b. Auf.

Inilah dilema umat Islam sebenarnya. Si kaya dengan halnya. Si miskin dengan gayanya. Si papa terus terlena. Hanya si tengah2 yang terkesima. Tidaklah saya tuduh semua orang kaya macam 2. Ada yang baik hati seperti Al Bukhari. Namun jumlahnya agak kecil dan perlu ditambah.

Formula mudah untuk orang ISLAM berjaya dengan kita kembali bersatu hati. Kita bina jaringan ekonomi kita yang tersendiri. Jika sebelum ini wujudnya rantau dagangan NAFTA, EU, AFTA dan bakal mendatang APEC mana tahu satu hari kita ada ICTA ( Islamic Country Trade Area). Mesti meriah kan. Kita gunakan permata hitam kita sepenuhnya. Tak de siapa yang berani kacau. AS pun tak leh nak main spekulasi harga minyak. Siapa yang untung?? Manusia yang ada bin dan binti gak yang untung. Umat Nabi ALLAH MUHAMMAD saw.

Mungkin coretan ini hanya sekadar coretan Tak de apa pun yang berubah. Hanya sekadar diri ku yang lemah dan perlu banyak lagi belajar menulis bingkisan dari pemikiran ku ini. Semoga kita semua berjaya. InsyaALLAH...

Dunia Baru

Dalam kedaan diriku yang semakin meningkatdewasa ini blog yang ku tulis ini hanya sekadar coretan peribadi hasil daripada pandangan mata ku yang masih kabur melihat dunia yang fana ini. Bukan ingin menunjuk pandai. Hanya sekadar satu coretan menghilangkan kesunyian...